ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 22. Melepaskan orang yang ditangkap.

Tiada seorang pun yang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis di bawah Akta ini boleh dilepaskan kecuali atas bon atau jaminan atau di bawah perintah bertulis seorang Hakim atau Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.