ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 147. Modal wakaf dan nazar am.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazar am yang sah tidaklah akan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah digunakan menurut sebagaimana kehendak-kehendak wakaf atau nazar am itu dan dipegang sebagai KumpuIan Wang yang berasingan.

(2) Jika, oleh sebab lampau masanya atau dengan sebab perubahan keadaan, maka tidak dapat lagi hendak dijalankan dengan mendatangkan faedah akan kehendak-kehendak tepat bagi mana-mana wakaf atau nazar am, Majlis hendaklah menyusun suatu rancangan bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh syarat-syarat di dalam wakaf atau nazar am itu, dan hendaklah menggunakannya sewajarnya; atau Majlis bolehlah, dengan keampunan berkenan yang bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan, mengarah supaya harta dan aset itu hendaklah ditambah kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(3) Jika syarat-syarat di dalam mana-mana wakaf atau nazar am itu tidak menyebut akan cara bagaimana harta dan aset modal yang tersentuh olehnya patut digunakan, atau menjadi kesamaran tentang bagaimana ia hendak digunakan, maka Majlis boleh mengarahkan supaya harta dan aset modal itu ditambah kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4) Segala suratcara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazar am, bersekali dengan mana-mana suratan hak milik atau lain-lain cagaran yang bersabit dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.