ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB X - DARIHAL PEMBICARAAN
Seksyen 103. Bukti-bukti yang hendak direkodkan.
(1) Dalam pembicaraan di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan rekod berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan mengunakan dan menyiapkan atau menyebabkan ianya disiapkan satu kertas pertuduhan mengikut borang yang mustahak tidak dapat dimasukkan dengan mudah dalam borang itu, maka hendaklah ditulis pada beberapa kertas lampiran yang perlu dan dikembarkan kepadanya.
(2) Butir-butir yang mesti dimansuhkan dalam rekod-rekod itu hendaklah mengandungi-
(a) nama Mahkamah dan angka bilangan kes;
(b) nama dan jinta yang dituduh;
(c) alamat yang dituduh;
(d) pertuduhan;
(e) tarikh kehadiran mengikut saman, jika ada
(f) tarikh mengeluarkan saman atau waran, jika ada;
(g) nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh dibuat aduan dan nilai harta yang terlibat;
(h) tarikh tangkapan;
(i) tarikh mula-mula hadir di Mahkamah;
(j) bagsa yang dituduh;
(k) umur yang dituduh;
(l) butir-butir sebarang jaminan atau bon yang diberi atau diambil melalui pihak polis atau Mahkamah
(m) akuan yang dituduh;
(n) nama dan pangkat pegawai, atau nama peguam yang menjalankan pendakwaan dan nama peguan, jika ada, yang membela yang dituduh;
(o) tarikh tiap-tiap kali penangguhan atau penundaan dan tarikh bagi tiap-tiap kali penangguhan atau penundaan itu dan sebab-sebab berbuat demikian;
(p) nota keterangan Mahkamah, jika ada;
(q) keputusan-keputusan;
(r) catatan Mahkamah tentang sabitan-sabitan dahulu, keterangan watak, dan rayuan untuk meringakan hukuman, jika ada;
(s) hukuman atau lain-lain perintah yang mukatamad;
(t) keputusan, jika bertulis;
(u) tarikh tamatnya pembicaraan;
(v) butir-butir tentang mana-mana waran tanhan, resit denda dan waran penjara; dan sekiranya permintaan rayuan dibuat;
(w) tarikh notis rayuan, apa-apa permintaan untuk nota keterangan, apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh didapati dengan bayaran, penyampaian alasan-alasan keputusan oleh Mahkamah dan penyerahan catatan kepada Mahkamah Rayuan Syariah;
(x) jika keputusan itu keputusan lisan, alasan-alasan keputusan itu;
(y) angka bilangan bagi rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah;
(z) keputusan rayuan dan tarikh diberitahu hal itu kepada Mahkamah.
(3) Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan pegawai Mahkamah yang mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.