ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 61. Pemujaan.

Sesiapa yang memuja pantai, pokok kayu, padang, kubur, hutan belukar, bukit atau mana-mana orang atau apa-apa benda dengan apa-apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya alat-alat yang digunakan atau bangunan atau binaan yang digunakan bagi pemujaan itu dimusnahkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.