ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VII - PUNGUTAN KHAIRAT



Seksyen 76. Pungutan khairat.

(1) Majlis bolehlah memungut, atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara'.

(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah-

(3) Wang yang dipungut mengikut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa tujuan yang dinyatakan oleh Majlis, jika dan jika tiada maksud yang dinyatakan sedemikian itu, hendaklah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian di dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut terdahulu itu melainkan dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran daripada Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.