ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - SALAH ATURAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 202. Ketiadaan rangka pertuduhan.

(1) Tiada sesuatu pendapat atau hukuman yang dibuat atau dijatuhkan boleh disifatkan tidak sah hanya atas alasan bahawa tidak ada pertuduhan dirangkakan kecuali, jika pada pendapat Mahkamah Tinggi Syariah, ketidakadilan telah timbul darinya.

(2) Jika Mahkamah Tinggi Syariah berpendapat yang ketidakadilan telah wujud dengan ketiadaan rangka pertuduhan, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perbicaraan baru diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.