ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 17. Keahlian Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Tiap-tiap prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dilupuskan oleh Ketua Hakim Syariah yang hendaklah menjadi Pengerusi dan dua orang ahli yang dipilih daripada suatu panel lima orang Islam yang bermazhab Shafie yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Perlantikan kepada panel hendaklah mengandungi orang-orang Islam yang bermazhab Shafie yang berkelayakan dan cekap dalam Hukum Syarak.

(3) Sekiranya kerana apa-apa sebab yang cukup, Ketua Hakim Syariah tidak berupaya untuk melaksanakan tugas-tugasnya, Ketua Hakim Syariah hendaklah melantik seorang ahli dari panel untuk mempengerusikan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.