ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 234. Notis rayuan.

(1) Rayuan kepada Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah dibawa dengan cara memberi notis rayuan dalam Borang 35.

(2) Seorang pihak merayu boleh merayu atas seluruh atau mana-mana bahagian sesuatu keputusan dan notis rayuan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja dan bahagian mana keputusan itu dirayukan.

(3) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh keputusan itu dibuat. Mahkamah dari mana keputusan itu dirayu hendaklah membekalkan kepada pihak merayu, setelah menjelaskan bayaran mengenainya suatu salinan sah penghakiman itu atau, jika hukuman bertulis tidak diserahkan alasan-alasan penghakiman hendaklah dibekalkan.

(4) Sebaik sahaja salinan sah hukuman siap disediakan Mahkamah hendaklah memberitahu perkara itu kepada pihak merayu.

(5) Dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh penerimaan notis; pihak merayu hendaklah, melainkan Mahkamah dengan alasan yang mencukupi memerintah sebaliknya-

(6) Notis rayuan itu hendaklah di sampaikan oleh pihak Merayu kepada semua pihak yang secara langsung terlibat dengan rayuan itu atau kepada peguam mereka masing-masing. Pihak yang tidak berkenaan tidak perlu disampaikan notis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.