ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Pendapat orang lain bila qarinah.



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab adalah qarinah.

(2) Orang yang seumpama itu adalah dinamakan pakar.

(3) Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika pendapat dua orang pakar bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen telah ditulis oleh A. Suatu dokumen lain yang dibuktikan atau diakui ditulis oleh A dikemukakan.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh satu orang sahaja atau oleh berlainan orang adalah qarinah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.