ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 161. Penghantaran rekod ke Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila perayu telah memenuhi peruntukan seksyen 157 dan 159, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan segera menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam empat salinan rekod prosiding kes itu, berserta dengan empat salinan notis rayuan dan petisyen rayuan.

(2) Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga memberikan kepada responden atau Peguam Syarienya satu salinan rekod prosiding kes tersebut dan satu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.