ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN III - KEWANGAN
Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 47. Perbelanjaan Majlis

(1) Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terIetak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau ahli Majlis, wang yang dikehendaki bagi membayar balik pinjaman dan perbelanjaan-perbelanjaan am lain yang dibenarkan di bawah Enakmen ini dalam menjalankan tugas-tugas Majlis termasuk perbelanjaan-perbelanjaan yang Majlis mensifatkan sebagai perlu dalam menyempurnakan tanggungjawabnya, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Kumpulan Wang.

(2) Semua kos, bayaran dan perbelanjaan mentadbir harta dan aset yang terletakhak kepada Majlis, termasuk kos penyelenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Kumpulan Wang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.