ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 20. Minit-minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah disahkan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam kes-kes tertentu, minit hendaklah secara ringkas dan hanya mengandungi keputusan perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika tatkala draf minit itu disahkan minit itu dipinda, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengan serta-merta dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat:

Dengan syarat bahawa tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana minit boleh diambil tindakan sehingga Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya secara bertulis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.