ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 45. Pegawai masjid menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang mana adalah kewajipannya mencegah.


Barang siapa yang menjadi seorang Pegawai Masjid, yang bermaksud hendak menyenangkan, atau yang diketahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan itu menyenangkan, berlakunya sesuatu kesalahan selain daripada kesalahan hudud atau qisas yang mana adalah kewajipannya sebagai Pegawai Masjid itu mencegah, dengan sengaja menyembunyikan, dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang, adanya sesuatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau dengan sengaja membuat apa-apa pernyataan yang ia ketahui sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu, hendaklah, jika kesalahan itu dilakukan, didenda tidak melebihi seratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.