Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN XI



Seksyen 60. Persubahatan Atau Komplot.

Jika sesuatu kesalahan dilakukan sebagai hasil daripada atau kerana menurut persubahatan, pertolongan, komplot atau rancangan jahat, maka tiap-tiap orang yang bersubahat, menolong, mengambil bahagian dalam komplot atau rancangan jahat untuk melakukan kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan hukuman penjara sebagai hukuman takzir selama tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.