ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 46. Pendaftar.
(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan beberapa orang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Tiada seorangpun boleh dilantik di bawah subseksyen (1) kecuali dia adalah seorang anggota Perkhidmatan Pegawai Syariah Negeri Pahang atau Perkhidmatan Awam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.