ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Menjadi Qarinah



Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf ialah qarinah

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa, hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau ‘urf itu, jika ia wujud, ialah qarinah.

Huraian—Ungkapan; “hak atau ‘urf” termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.