ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 2 - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana dokumen yang berupa sebagai salinan diperakui bagi sesuatu rekod kehakiman mana-mana negara asing adalah tulen dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang diperakui oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.