Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN IX
Seksyen 46. Menarik Balik Keterangan.
(1) Untuk menyebabkan hukuman
hudud
dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga pada ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman
hudud
, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2) Dalam kes
zina
jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan
zina
terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman
hudud.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.