ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 71. Perbuatan tidak sopan.


(1) Sesiapa yang melakukan perbuatan atau berkelakuan atau berpakaian tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang lelaki yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang perempuan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Seseorang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang lelaki adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.