ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 30. Melarikan perempuan bersuami atau menghalang suami isteri daripada duduk bersama.

(1) Sesiapa yang memikat seseorang perempuan bersuami atau membawanya lari daripada atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan itu kembali kepada suaminya.

(2) Mana-mana orang yang menghalang pasangan suami isteri daripada duduk bersama sebagai suami isteri yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan suami isteri itu kembali duduk bersama sebagai suami isteri yang sah semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.