ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 47. Kes khas.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang tak upaya hendaklah dibuat kepada penjaganya yang sah, jika ada.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh, atas permohonan, memerintahkan penyampaian kepada orang tak upaya itu dibuat kepada mana-mana orang lain.

(3) Penyampaian kepada seseorang yang ditahan di dalam penjara atau lain-lain tempat tahanan hendaklah dibuat kepada Pegawai Penjaganya yang hendaklah menyampaikannya kepada orang tersebut.

(4) Penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera hendaklah dibuat kepada pegawai pemerintah atau ajutan unitnya yang hendaklah menyampaikannya kepada anggota tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.