ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 49. Perceraian secara li'an.

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara Ii'an mengikut Undang-Undang Islam di hadapan Hakim Syarie, maka Hakim Syarie itu hendaklah, setelah dihakimi, memerintahkan mereka difaraq dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan cara Ii'an itu dengan sewajamya dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.