ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 65. Bid'ah dan furu'.

(1) Sesiapa dengan sengaja sama ada secara lisan atau tulisan atau perbuatan melakukan perkara-perkara bid'ah atau bertelingkah dalam perkara-perkara bid'ah atau pertelingkahan dalam perkara-perkara furu' mengenai ibadah Islam sehingga menyebabkan pergaduhan atau pecah perpaduan atau pecah keamanan dalam masyarakat Islam setempat, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang bersubahat terhadap kesalahan menurut subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.