ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 43. Penyampaian ganti.

(1) Apabila Mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang tidak memberi alamat untuk penyampaian berada, pada tarikh saman atau mana-mana dokumen lain untuk disampaikan, di dalam Sarawak dan ada sebab bagi mempercayai bahawa orang itu sentiasa mengelakkan diri dari penyampaian disempurnakan ke atasnya, atau bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak boleh disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan saman atau dokumen itu disampaikan dengan cara menampalkan salinannya di tempat-tempat yang senang menarik perhatian di Bangunan Mahkamah dan juga di bangunan di mana orang itu dipercayai akhir sekali tinggal atau dengan cara lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga dalam mana-mana kes yang tergolong dalam subseksyen (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian kepada diri orang itu sendiri.

(4) Di dalam hal penyampaian ganti ini, Mahkamah, apabila perlu, hendaklah menetapkan masa bagi pihak kena serah itu untuk hadir dalam Mahkamah.

(5) Perintah untuk penyampaian ganti tidak boleh dibuat berkenaan dengan-






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.