ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 198. Bagaimana sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan.

(1) Di dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini, satu sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan sebagai tambahan selain dari cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa---
(2) Jika pegawai penguasa penjara menyatakan di dalam mana-mana sijil yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat di atas sijil itu adalah cap jari orang yang disebut di dalam sijil itu, sijil itu hendaklah menjadi keterangan hal yang tersebut.

(3) Setiap Mahkamah hendaklah menganggap sebagai sahih setiap dokumen yang berupa perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai penguasa mana-mana penjara di dalam Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang dikatakan telah menandatangani dokumen itu ketika berbuat demikian ialah pegawai penguasa penjara yang disebut di dalam dokumen tersebut






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.