ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TEMPAT IBADAT



Seksyen 61. Sekatan ke atas penubuhan masjid.

(1) Tiada seorang pun boleh tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis mendirikan masjid atau mewakaf, menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan atau tempat untuk digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran di bawah subseksyen (1) melainkan tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal selama-lamanya dan jika tanah kerajaan atau Majlis ia telah dikhaskan untuk maksud tapak masjid.

(3) Bangunan dan tapak masjid tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang dibenarkan mengikut Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.