ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 17. Kehadiran bukan anggota dalam Mesyuarat Majlis.

(1) Yang Dipertua boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.

(2) Seseorang yang dijemput menghadiri mesyuarat di bawah subseksyen (1) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidaklah berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.