ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 125. Pemansuhan

(1) Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Kelima kepada Enakmen ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam ruang ketiga kepada Jadual Kelima:

Dengan syarat bahawa segala langkah pembicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan itu adalah masih lagi berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(2) Pemansuhan itu tidak menyentuh perjalanan kuatkuasa kebelakangan Enakmen yang dimansuhkan itu atau apa-apa yang telah dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang terujud, terkumpul atau ditanggung di bawahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.