ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Seksyen 208. Kuasa Pendaftar.
Dalam mana-mana Mahkamah yang baginya dia dilantik, Pendaftar di dalam Kamar boleh -
(a)
menangguhkan apa-apa prosiding;
(b)
menetapkan tarikh perbicaraan apa-apa prosiding;
(c)
mentadbirkan sumpah untuk afidavit dan menerima bon;
(d)
apabila cagaran diperintah diberikan, menentukan supaya ia mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membuktikannya;
(e)
dengan persetujuan semua pihak, memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding; dan
(f)
menjalankan apa-apa fungsi lain yang diperuntukkan di bawah Ordinan ini atau apa-apa perintah Hakim.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.