ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN UNTUK PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH.
Waran Geledah



Seksyen 52. Senarai semua benda yang dirampas hendaklah dibuat dan ditandatangani.

Senarai semua benda yang dirampas semasa menjalankan penggeledahan di bawah Bab ini dan tempat-tempat di mana benda itu masing-masing ditemui hendaklah disediakan oleh pegawai atau orang lain yang membuat penggeledahan itu dan ditandatanganinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.