ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam
Seksyen 57. Dokumen awam.
Dokumen yang berikut adalah dokumen awam:
(a)
dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan-
(i) kuasa pemerintah;
(ii) badan rasmi dan badan tribunal; dan
(iii) pegawai awam dari badan perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada Persekutuan atau mana-mana Negeri atau daripada negara luar; dan
(b)
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.