ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN X - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 106. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada-
(
a
) Mufti sebagai Pengerusi; dan
(
b
) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(3) Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi-
(
a
) tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fi yang boleh dikenakan;
(
b
) tatacara Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam; dan
(
c
) elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota Jawatankuasa itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.