ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"ahli kariah" ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;

"Baitulmal" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 69;

"
Enakmen terdahulu" ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 [Enakmen No. 5 tahun 1991];

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 46(1) atau 47(1);

"
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 45(1);

"
Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

"
Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 92;

"
Jawatankuasa Fatwa" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 34;

"
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia;

"
kariah masjid", berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang di dalamnya masjid itu terletak;

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 44(1);

"
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama" dan "Pegawai Penguat kuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 67;

"
Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 66(1);

"
Mahkamah Syariah" atau "Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 43(1) atau 43(2);

"
Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 43(3);

"
mahkamah sivil" ertinya mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

"
Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Melaka yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

"
Majlis terdahulu" ertinya Majlis Agama Islam Melaka yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu;

"
masjid" ertinya suatu bangunan-
"muallaf" ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen 95;

"
Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Melaka di bawah seksyen 32 dan termasuk Timbalan Mufti;

"
nazr" ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

"
nazr am" ertinya sesuatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi manfaat masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan tidak bagi orang perseorangan;

"
Negeri" termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;

"
orang Islam" ertinya-
"Pegawai Masjid" ertinya Imam, Bilal dan Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 68;

"
Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 66(3);

"
Pengerusi" ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 10(1);

"
Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang disebut dalam seksyen 15;

"
wakaf" ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa maksud khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas mengikut Hukum Syarak, tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

"
wakaf am" ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat umum mengikut Hukum Syarak;

"
wakaf khas" ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat khusus mengikut Hukum Syarak.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi
ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.