ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Surat-Surat untuk Memaksa Mengemukakan Suratan dan Harta Alih Yang Lain dan Untuk Melepaskan Orang Tersalah Tahan



Seksyen 42. Saman untuk mengeluarkan surat atau benda-benda lain.

(1) Apabila mana-mana Mahkamah atau Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang melakukan penyiasatan di bawah Kanun ini memikirkan bahawa mana-mana harta atau dokumen itu perlu atau mustahak dikemukakan untuk tujuan mana-mana penyiasatan, pemeriksaan, perbicaraan atau lain-lain prosiding di bawah Kanun ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau Pegawai tersebut. Mahkamah itu boleh mengeluarkan saman dan pegawai itu boleh mengeluarkan satu perintah bertulis kepada orang yang dipercayai memiliki atau mempunyai kuasa ke atas harta atau dokumen tersebut untuk hadir dan mengemukakan pada masa dan di tempat yang disebutkan di dalam saman atau perintah itu.

(2) Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini hanya untuk mengemukakan mana-mana harta atau dokumen hendaklah disifatkan sebagai telah mematuhi permintaan itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan dia tidak perlu datang sendiri untuk mengemukakannya.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengan keterangan yang berkuatkuasa pada masa ini atau digunakan bagi mana-mana barang pos, telegram atau lain-lain dokumen di dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.