ENAKMEN 19 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Fasal 194. Laporan orang tertentu.

(1) Apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2) mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisis olehnya atau apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk laporan boleh diberikan sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini melainkan jika orang itu atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi -


(2) Yang berikut ialah orang yang baginya peruntukan seksyen ini terpakai:


(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah melalui Enakmen ini terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.