ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN V - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 69. Pendaftaran pemelukan ke Agama Islam.


(1) Seorang yang memeluk Agama Islam boleh memohon kepada Pendaftar Saudara Baru dalam borang yang telah ditetapkan untuk pendaftaran pemelukannya ke Agama Islam.

(2) Jika Pendaftar Saudara Baru berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 63 dan seksyen 64 telah dipenuhi oleh orang itu, Pendaftar saudara Baru boleh mendaftar pemelukan ke Agama Islam orang itu dalam Daftar Saudara Baru.

(3) Jika Pendaftar Saudara Baru berpuas hati saudara baru itu ada anak yang pada masa pemelukan, belum mencapai umur lapan belas tahun, Pendaftar Saudara Baru hendaklah atas permohonan saudara baru tersebut mendaftar juga pemelukan ke Agama Islam anak itu dalam Daftar Saudara Baru, tertakluk sentiasa kepada kehendak seksyen 66.

(4) Pendaftar Saudara Baru hendaklah juga menentukan tarikh seseorang itu memeluk Agama Islam dan mencatatkan tarikh itu di dalam Daftar Saudara Baru.

(5) Bagi maksud memuaskan hatinya akan hal dan tarikh pemelukan ke Agama Islam, tentang adanya anak kandung pemohon, dan umur anak itu dan butiran-butiran lain, Pendaftar Saudara Baru boleh membuat siasatan dan boleh mendapatkan keterangan sebagaimana yang fikirkan mustahak, tetapi subseksyen ini tidak boleh dianggap sebagai menghalang Pendaftar Saudara Baru daripada bergantung hanya kepada kata-kata pemohon tentang pemelukannya setakat yang mengenai hal kemasukannya dan tarikhnya.

(6) Jika Pendaftar Saudara Baru tidak berpuas hati bahawa kehendak seksyen 64 telah dipenuhi bagi diri pemohon bagi maksud masuk Islam, dia boleh membenarkan pemohon mengucap dua Kalimah Syahadah di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawainya, mengikut kehendak seksyen tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.