ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXII - KEPAPAAN



Seksyen 232. Permohonan menuntut atau membela sebagai seorang papa.

(1) Mana-mana orang yang ingin memulakan atau membela apa-apa tindakan atau lain-lain prosiding mengikut haknya sendiri dan tidak berupaya membayar perbelanjaan prosiding boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan izin bertindak atau membela sebagai seorang papa.

(2) Permohonan itu hendaklah dibuat melalui afidavit dalam borang yang ditetapkan dan permohon hendaklah menyatakan di dalamnya-


(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkaitan dan hendaklah ditentusahkan oleh pemohon itu di hadapan Hakim atau Pendaftar.

(4) Jika Mahkamah berpuas hati-


maka Mahkamah hendaklah membuat satu perintah membenarkan pemohon (selepas ini dipanggil "orang papa") menuntut atau membela mengikut mana-mana yang berkenaan sebagai seorang papa. Setelah perintah tersebut dibuat saman atau lain-lain proses dalam tindakan itu atau lain-lain prosiding dan catatan berkaitan dalam buku daftar hendaklah ditanda "seorang papa".

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati, ia hendaklah menolak permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.