ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 34. Fatwa.

(1) Tertakluk kepada seksyen 37 (4), Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan bertulis mana-mana orang, membuat fatwa atau memberi pendapat atas sesuatu soalan yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syara'.

(2) Tiada sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh dianggap sebagai fatwa kecuali dan sehingga ianya diwartakan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Sebaik sahaja disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap orang Islam yang tinggal di Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang kepada fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syara' menyimpang dari fatwa itu dalam hal amalan, kepercayaan atau pendapat peribadi.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai yang berkuasa dalam semua perkara yang ditetapkan olehnya. Jika terdapat perbezaan fatwa atas perkara yang sama, fatwa yang terakhir dikeluarkan hendaklah terpakai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.