ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 19. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit dipinda, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit mesyuarat itu disahkan, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menandakan perkenannya secara bertulis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.