ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Darihal Hak Mempertahankan Persendirian



Seksyen 32. Bila hak mempertahankan persendirian mengenai harta bermula dan berlanjutan.

(1) Hak mempertahankan persendirian mengenai harta bermula apabila suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada harta itu bermula.

(2) Hak mempertahankan persendirian mengenai harta terhadap kesalahan mencuri berlanjutan sehingga pesalah itu telah lepas lari dengan harta itu, atau sehingga pertolongan pihak berkuasa awam didapati, atau sehingga harta itu telah didapati balik.

(3) Hak mempertahankan persendirian mengenai harta terhadap rompakan berlanjutan selagi pesalah itu menyebabkan atau mencuba hendak menyebabkan kepada seseorang kematian, atau cedera, atau halangan salah, atau selagi ketakutan akan kematian sertamerta, atau cedera sertamerta, atau halangan diri sertamerta berlanjutan.

(4) Hak mempertahankan persendirian mengenai harta terhadap penceroboh jenayah atau khianat berlanjutan selagi pesalah itu masih melakukan penceroboh jenayah atau khianat itu.

(5) Hak mempertahankan persendirian mengenai harta terhadap pecahrumah waktu malam berlanjutan selagi pencerobohan rumah yang dimulakan dengan pecahrumah itu berlanjutan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.