BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 PELAKSANAAN
(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.
(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan atau disenggarakan oleh bailif.