ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 105. Kuasa Mahkamah menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak-
mengeluarkan suatu injunksi menghalang ibu atau bapa yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau apa-apa aku janji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, mengeluarkan suatu injunksi menghalang mana-mana orang, selain seseorang yang mempunyai jagaan ke atas kanak-kanak itu, daripada membawa seseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kegagalan mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.