ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT



Seksyen 114. Pemeriksaan balas.

Mana-mana pihak yang ingin mempertikaian kebenaran fakta yang terdapat di dalam afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan notis hasratnya untuk menyoal balas orang yang membuat afidavit dan seterusnya jika orang yang membuat afidavit tidak dikemukakan untuk disoal balas, Mahkamah hendaklah, melainkan di dalam keadaan khas, menolak atau mengenepikan afidavit itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.