ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TEMPAT IBADAT



Seksyen 62. Penyelenggaraan masjid serta kawasannya.

(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua bangunan masjid serta kawasannya adalah diselenggarakan dalam keadaan pembaikan dan kebersihan yang sepatutnya dan Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan kumpulan-kumpulan wang khas bagi maksud pembaikan-pembaikan atau penyelenggaraan, atau boleh membayar kos pembaikan-pembaikan dan penyelenggaraan itu daripada Baitulmal.

(2) Jawatankuasa Kariah hendaklah memberitahu Majlis melalui Pejabat Agama Daerah dengan segera tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

(3) Tiada ubahsuaian kepada struktur bangunan masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah supaya menyelenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya di dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya dan mengimarahkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.