ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - SALAH ATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 210. Salah aturan tidak membatalkan prosiding.

Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung di dalam Bab ini, tiada pendapat, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa kompeten boleh diakaskan atau dipinda atas alasan apa-apa ketinggalan, salah-aturan atau kesilapan di dalam aduan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini, kecuali jika kesilapan, ketinggalan, kesalahan penerimaan atau penolakan keterangan, salah aturan, ketiadaan sanksi atau silap arahan telah menyebabkan kegagalan keadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.