ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 106. Penjaga bagi anak yatim.
Jika bapa dan datuk lelaki seseorang kanak-kanak belum dewasa telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, maka mana-mana penghulu, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak belum dewasa itu, atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang Pelindung di bawah Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak
[Bab
93
(Edisi
1958)]
boleh menyebabkan kanak-kanak belum dewasa itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak belum dewasa itu atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.