ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN III - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 52. Peletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis

(1) Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 51 hendaklah tanpa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilik, dan dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah Ordinan Tanah Bab 68, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf nazr' am atau amanah yang menyentuh harta itu.

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak padanya bagi maksud-maksud yang bersamaan mana-mana harta sedemikian yang terletak di tempat di luar Negeri Sabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.