ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal
Seksyen 96. Saman kerana memberi keterangan atau mengemukakan suratan.
(1)
Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Mahkamah boleh mengeluarkan saman kepada mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa suratan yang di dalam pemilikan atau kuasanya.
(2) Tiap-tiap saman di bawah subseksyen (1) hendaklah diserah kepada orang itu sendiri dan mana-mana orang yang diserah saman itu, sama ada dia seorang beragama Islam atau tidak, adalah terikat di sisi undang-undang supaya mematuhinya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.