ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 64. Pegawai Penguatkuasa Syariah boleh menghendaki bon kehadiran pengadu dan saksi.

(1) Jika berdasarkan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Bab ini, didapati oleh pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang mencukupi atau alasan yang menimbulkan syak yang munasabah yang mewajarkan prosiding jenayah dimulakan atau diteruskan terhadap mana-mana orang, pegawai itu hendaklah menghendaki pengadu itu, jika ada, dan seberapa banyak orang lain yang didapati oleh pegawai itu mengetahui hal keadaan kes itu, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan Mahkamah yang disebut dalamnya dan memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.

(2) Pegawai yang dihadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantar bon itu kepada Mahkamah.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon itu, pegawai itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada Mahkamah yang boleh sesudah itu, menurut budi bicaranya, mengeluarkan suatu saman atau waran untuk memastikan kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.