ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 46. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(3) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.